Want your
own Fotopage?








 
.:: Kumpulan Koir & Nasyid Bandaraya ::.

By: penyanyi latar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Aug-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Penyampaian Insentif SUKMA XXII 2008

 
 
 


masa utk makan! dapat jemputan untuk menghiburkan tetamu pada majlis penyerahan insentif utk atlet2 KL yang berjuang ke SUKMA ke 12 di Terengganu yang lalu.
buat pertama kalinyer kitorang ada show di sini. dewan yang memang cukup best. dengan lampu gantung yang berharga berjuta2 tu. kali ni bergabung dengan koir KWP dan Agensi juga. koir bandaraya hanya 14 orang je. sebab yang lain kena 'tinggal' ataupun ada 'hal' masing2.
apa2 pun penantian nak dekat sejam standby, berbaloi gak biler kitorang ditempatkan di meja makan. tahniah dan terima kasih pada ahli yang hadir.


Tarikh: 27 Ogos 2008 (Rabu)
Waktu: 8:00 malam
Tempat: PICC, Putrajaya
Perasmian : YB Menteri WP

Lagu
1. Negaraku
2. Maju Dan Sejahtera
3. Setia


kenangan terindah ---> Majlis Insentif SUKMA 2008

▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

BERITA BAIK!!!
Mari kita liat nich blog. keren abiss!

Masuk sini= http://mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com/

▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
Thu 4-Sep-2008 11:36
Posted by:mambo
Salam..
Berminat untuk menurunkan berat badan? Menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih langsing? Sesuai untuk semua…warga emas, kanak2, lelaki mahupun wanita… J
om jadi pengedar jus mate 5 sekarang untuk menambah pendapatan..sertai program usahawan jutawan herbaprima dan mulakan perniagaan yang terhebat diabad ini. Jangan biarkan rakan2 anda ditaja oleh orang lain.
Produk berkualiti dan selamat. Diperakui oleh doctor pakar. Produk yang mendapat sambutan begitu hangat dipasaran sekarang ini. Jangan berlengah lagi!!! J
om lawat fotopage saya di Http://jusmate5store.fotopages.com atau kunjungi blog saya di http://jusmate5store.blogspot.com
Sat 6-Jun-2009 06:19
Posted by:Azrai  - [Link]
Add comment


Thursday, 21-Aug-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007

 
 
 


kumpulan koir gabungan KWP dan Agensi dijemput untuk memulakan majlis bagi APC tahun ni yang dibuat di auditorium Putrajaya. kali ni ramai yang berjaya memunculkan diri. rasa berbangga biler tgk ramai yang datang. hampir penuh gak pentas tu. tanhiah buat semua yang mengambil bahagian. suara pun boleh tahan.

Tarikh: 21 Ogos 2008 (Khamis)
Waktu: 8:00 pagi
Tempat: Auditorium Putrajaya
Perasmian : YB Timb. Menteri KWP

Lagu
1. Negaraku
2. Maju Dan Sejahtera
3. Setia

Add comment


Friday, 15-Aug-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat WPKL 2008

 


seperti tahun2 sebelumnya, kumpulan koir dijemput ke majlis penyerahan Jalur Gemilang peringkat WPKL. kali ni acara disambut secara sederhana sahaja. ianya dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan Datuk Bandar dan pelepasan konvoi berkenderaan. Ia turut disertai oleh kakitangan DBKL, NGO, persatuan teksi dan juga Kelab Kenarianz.

Tarikh: 15 Ogos 2008 (Jumaat)
Waktu: 8:00 pagi
Tempat: Dataran DBKL
Perasmian : Datuk Bandar KL

Lagu
1. Negaraku
2. Maju Dan Makmur
3. Maju Dan Sejahtera

Add comment


Saturday, 7-Jun-2008 20:00 Email | Share | | Bookmark
Bolly Dangdut Glam Nite 2008

 
 
 


majlis makan malam koir bandaraya sekali lagi dibuat di Menara KL. planning yang dibuat membuahkan hasil akhirnya. segala penat lelah AJK semua berbaloi gak. kali ni aturcara lebih kurang sama. tapi kali ni dengan tema bolly dangdut berjaya di'control' oleh bebudak pompuan. respek ah kat korang. mana korang amik baju seri dewi malam tu. siap praktis menari lagi tu.
yang best selain tarian budak pompuan tu, makan malam kali ni pun best gak. byk sungguh lauk pauknyer. walaupun x ramai budak yg join, tapi kalo dah bdk koir tu. mahu bergegar gak menara malam tu.

tahniah pada korang yang datang!


kenangan terindah ---> Bolly Dangdut pics

Add comment


Wednesday, 4-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Koir Bandaraya 'Annual Diner 2008'

 


let's party

fuh......nasib dpt pinjam pc abg kat ofis nie...leh jugak tgk2 perkembangan terkini kawan2 seperjuangan...hehehe....tak dapat nak bayangkan macam manalah suasana malam tu.........mesti masing2 vouge menari habis..habis.......
bestnya..bestnya.....tapi apakan daya.......niat tak berkesampaian for this years......jangan marah yea......insyaallah.....tahun depan..ahaksssss.....
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......mana gambar2 yang lain........lum update lagi ekk.....( technical staff ).....huhu
Wed 11-Jun-2008 02:38
Posted by:hellokitty
Puan hellokitty...gambar lain2 masa party..boleh gak ditinjau di yeopcoco65.fotopages...Silakan... Tue 17-Jun-2008 06:17
Posted by:Ur Lovely Choir Leader
best ker dinner hari tuhh
hahahaaa..
Bulan Ramadhan da nak dekat ni.. tak ada plan apa2 ker nak berbuka kat mana
ehehek...
Wed 13-Aug-2008 00:22
Posted by:prinCeSS omei
View all 4 comments Add comment


Saturday, 16-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Persembahan 3 Elemen

 
 



Persembahan 3 Elemen merupakan gabungan daripada Pasukan Berkuda, Pasukan Bermotosikal dan Pasukan Pancaragam dari JKP, DBKL yang beraksi dengan formasi muzikal di samping acara selingan gimik akrobatik.

Pelancaran majlis yang pada mulanya dirasmikan oleh YAB PM tapi hanya diwakili oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan.

dah la kena nyanyi tengah panas petang tu, jauh plak dari band yang iringi lagu.


Tarikh: 16 Februari 2008 (Sabtu)
Waktu: 5:00 petang
Tempat: Padang Bolasepak, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Perasmian : YAB Menteri KWP

Lagu
1. Negaraku
2. Malaysiaku Gemilang

kita org antara 3 jejaka pilihan, yg masih m'cr jodoh...
tapi seorg nie dah khawin dah...
tgk gmbr nie agak menarik dan tertarik. tapi klu blh website lebih menarik kit...
k.. chow...
Tue 3-Jun-2008 12:46
Posted by:jEjaKa p!l!h@n
seronoknya.................. Wed 11-Jun-2008 02:28
Posted by:hellokitty
I Like dis Pix
huhuhu...
Tue 5-Aug-2008 01:46
Posted by:princess omey
View all 4 comments Add comment


Friday, 15-Feb-2008 18:00 Email | Share | | Bookmark
Minit Mesyuarat Koir Bil 1/2008

Tarikh : 15.2.2008
Masa : 4:40pm
Tempat. BM1 JKT, Tkt 3, Menara PKNS

Kehadiran :
1. Azmi
2. Hisham Hashim
3. Sani Ahmad
4. Mohammad Zahri Latif
5. Wahida Zamri
6. Kamal Hazwan Ismail
7. Raihan Abd. karim
8. Khodijah Mohamed Ghazali
9. Norhaiza Zainol
10. Nor Hidatah Zainol
11. Sambaizura Borhan
12. Fauziah kamaruddin
13. Suriati Hj. Dollah
14. Mohd. Fauzi
15. Mohd. Faizal
16. Mohamed Iri Azwan Alang Ibrahim

Agenda :
1. Diner Party
2. Family Trip
3. T-shirt Club
4. Baju Koir
5. Lain -lain

Isu / Perkara :

1. Diner party
- Dimaklumkan party akan diadakna pada 3.5.2008 di Menara KL, jam 5pm
- Bayaran RM50 (Dewasa) & RM35 (Kanak-kanak) perlu dibayar kepada Iri, Nana & Wahida.
- Bayaran perlu dijelaskan pada bulan Februari 2008 & Mac 2008.
- Acara yang dicadangkan :
a. Hadiah untuk Best Dress L & P
b. Games : Musical Chairs, Kotak Beracun, Sambung Perkataan dll
c. Pertukaran Hadiah (RM5-RM10)
d. Cabutan Bertuah.
e. Persembahan : Jemputan, Koir Lelaki (Delima, Separuh Nafas oleh Awi, Kamal & Raihan) & Koir Perempuan (Nancy Sinatra, Boots Are Made For Walking oleh Zura, Hidayah, Haiza & Wahida).
f. Persembahan Karaoke : Lagu 60an (Nat King Cole, L.O.V.E oleh Azmi), Lagu 70an (Ramlah Ram, Kau Kunci Hatiku Dlm Hatimu oleh kak Gie), Lagu 80an (M. Daud Kilau, Che Mek Molek oleh Zahri) & Open Karaoke (MC oleh Ros & Sheren)

2. Family Trip
- Cadangan mengadakan family trip pada bulan November 2008 (cadangan 28-30/11/2008)
- Tempat cadangan di Rumah Rehat DBKL : Penang, Langkawi, Pangkor & Cameron Highlands.
- AJK :
a. Faisal untuk booking rumah rehat.
b. Fauzi untuk booking kenderaan JKM.
c. Azmi akan sediakan minit bebas.
d. Haiza diminta sediakan borang kehadiran sebelum Jun 2008.

3. T-shirt Kelab
- Cadangan buat T-shirt & seluar kelab.
- Azmi & Zahri diminta dapatkan contoh dan senarai harga.

4. Baju Koir
- En. Azmi maklumkan DBKL telah peruntukan 2 pasang setiap ahli koir.

5. Keahlian Ahli Koir
- En. Azmi memaklumkan masalah kekurangan ahli koir.
- Ahli koir disarankan untuk mengajak rakan-rakan yang berminat.
- En. Azmi memaklumkan cukup sekiranya terdapat 20 orang ahli koir lelaki dan 20 orang ahli koir perempuan.

Lain-lain Hal
6. Zahri membangkitkan hal elaun kehadiran.
- En. Azmi memaklumkan setakat ini ahli koir layak untuk tuntut 'overtime' sahaja.
- En. Azmi akan menyediakan minit bebas kepada DBKL untuk mohon elaun kehadiran.

7. Zahri bertanyakan surat kelulusan 'overtime'
- En. Azmi memaklumkan sedang dalam proses menyediakan surat permohonan 'overtime' untuk tahun 2008.

8. Iri meminta ahli koir untuk membuat pembayaran kehadiran ke party dengan kadar segera.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6pm.


Disediakan oleh;

Mohammad Zahri
Pencatit Minit

Add comment


Friday, 1-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Hari wilayah Persekutuan 2008





Wilayah Persekutuanku Gemilang, tema utk sambutan tahun ni.
kumpulan koir gabungan dari KWP, PPJ, DBKL & Labuan dijemput untuk turut sama menyambut.

tapi yang boringnya dari raptai hingga hari sebenar, macam2 perubahan dorang buat. tu yang buat kitorang pening tu. ada yang 'merajuk' taknak join hahahha.

tapi yang bestnya, MC malam tu siap promote kitorang tu ehhehehe. siap lead buat 'ombak' lagi. dan tak lupa buat pertama kalinya kitorang nyanyi lagu Malaysiaku Gemilang tanpa diiringi oleh minus one ataupun kombo. bergema wo satu stadium...


Tarikh: 1 Februari 2008 (Jumaat)
Waktu: 5:00 petang
Tempat: Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur
Perasmian : YAB Perdana Menteri

Lagu
1. Nyalakan Tekad
2. Budi Bahasa Budaya Kita
3. Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur
4. Ibu Kota Permai
5. Negaraku
6. Malaysiaku Gemilang

Add comment


Wednesday, 21-Nov-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Annual Choir Nite 2007

 


Dimaklumkan bahawa party telah Ditunda pada 03 Mei 2008

Kita Punya Party Telah Ditunda Pada 03 Mei 2008 Menara KL
- Sila maklum kepada semua ahli k...huhuhu
Mon 10-Dec-2007 08:05
Posted by:Ur Lovely Choir Leader he..he.he
Add comment


Thursday, 15-Nov-2007 14:00 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Kecantikan & Pencahayaan Bangunan

 
 
 
Cam tak percaya je biler dapat jemputan camni. Mana taknya, 1st time nyanyi kat Menara ni. ingatkan kat bawah, rupanya nyanyi kat megaView iaitu aras ketiga di menara ni. kira leh tengok seluruh KL le.

kali ni sound check pukul 4pm (ye memang awal 4 jam). tapi kena tunggu dorang setting sound le, tempat la. penat menunggu tau tak. sebab masa yang banyak, kitorang turun untuk membasahkan tekak (almaklum makana tak disediakan).

lepas bersiap untuk show, kitorang bersedia di atas pentas sementara menunggu tetamu hadir. lebih kurang setengah jam jugaklah berdiri.

dan cam tak percaya apabila kitorang seakan-akan terkedu biler nyanyi. apahal eh. budak pompuan ingat budak laki yang nyanyi, tapi kitorang pun lupa gak...ish ish ish..

kena bomoh kot kiter ni....


Tarikh: 15 November 2007 (Khamis)
Waktu: 4:00 petang
Tempat: Menara Kuala Lumpur
Perasmian : Timb. Menteri Wilayah

Lagu
1. Malaysiaku Gemilang
2. Ibu Kota Permai
3. Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com